The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Heartless

Assalamualaikum. Lama tak post kat sini. Lama tak curhatkan segala apa yang aku rasa. Lama aku tak rasa lega yang teramat lepas aku tulis kat sini.

See, mukaddimah aku pun boleh tahan menyedihkan so mestilah aku nak cerita sesedih sekarang ni. Aku tak tahulah, apa yang aku dapat kalau post kat sini. Kepuasan? Mungkin. Segala apa yang aku post mungkin ada yang baca, mungkin tidak. So, suka hati aku lah aku nak cerita apa yang penting aku tak melibatkan nama yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..........

Cuba google/youtube/spotify lagu ni "Say Something" by A Great Big World feat Christina Aguilera. That's what i feel right now. Memang kena tepat dekat situasi aku sekarang ni. Aku tak tahu macam mana nak mula, tapi aku try mulakan juga.

Harapan.

Nama pun harapan kan? Semua orang akan berharap kalau ada harapan. Semua orang menantikan harapan. Tak kiralah harapan yang macam mana sekalipun. Ada yang berharap nak jadi kaya suatu hari nanti. Ada orang yang berharap muka dia akan cantik dalam masa seminggu. Ada orang yang berharap cintanya terbalas suatu hari nanti. Aku macam manusia yang lain. Jiwa penuh harapan. Harapan yang kadang-kadang difikir akal yang waras mungkin akan ada yang tercapai dan mungkin juga ada yang akan tinggal hanya sebagai harapan.

Apa yang kau akan buat kalau seseorang bagi harapan dekat kau? Lagi-lagi kalau harapan tu memang kau nanti selama ni. Memang hati kau berharap dekat dia, dan memang langkah kanan dia pun dengan rela hati bagi harapan dekat kau. Seronok bukan? Rasa macam kau baring dekat atas tilam empuk. Kau rasa kelembutan tilam tu. Kau rasa seronok bukan? Aku tanya kau something. Apa pula kau akan rasa kalau harapan yang dia bagi tu sebenarnya bukan sebuah harapan. Dia seperti ambil balik harapan yang dia bagi tu dan tak mengaku pula yang dia pernah bagi harapan. Sakit kan? Aku tahu. Sebab aku rasa benda tu sekarang.

Aku tak tahu salah aku apa. Mungkin aku yang tak sedar diri nak mengemis sebuah harapan dari dia. Mengemis sebuah rasa yang aku pernah sedaya upaya untuk lupakan buat sementara waktu sebab aku dah serik. Tapi bila aku jumpa dia, dia seperti bagi harapan baru untuk aku. Dia macam bagi cahaya baru untuk aku. Sebolehnya aku cuba tolak tapi aku tak cukup kuat. Macam ada tarikan magnet yang terlalu kuat antara kiteorang. Aku tahu aku je yang rasa. Aku tahu.


Dia bilang jangan terlalu berharap, jangan terlalu sayang takut aku kecewa. Tapi dia sendiri yang bagi harapan! Aku baca dan aku terus nak menangis. Nasib baik ada roommate aku, jadi aku tahan. Aku terus keluar kata nak ke tandas. Tapi aku keluar ambil wudu'. Dengan harapan rasa sedih tu akan terubat sikit. Dan ya, alhamdulillah aku dapat tahan nangis masa tu. Tapi tak selepas tu. Malam tu aku message kawan baik aku. Aku cakap yang aku nak nangis. Dia tanya kenapa dan kenapa. Lalu aku jawab "Tolong doakan aku moga hati aku terus kerasa membatu untuk terima mana-mana lelaki ajnabi dalam hidup aku". Dan malam tu aku tidur memeluk kesayangan aku. Dan berharap supaya Dia yang satu-satunya didalam hati aku selain keluarga dan kawan-kawan aku.

Esoknya kawan baik aku cakap dengan aku untuk terus bersabar. Untuk terus lupakan dia. aku tak tahu macam mana nak lupakan dia, sebab hari-hari aku nampak kelibat dia. Kau fikir mudah? Seseorang yang kau hampir nak kenalkan dengan keluarga kau, seseorang yang sebenarnya menjadi punca aku untuk berubah untuk aku lupakan? Susah. Sebab dia dah macam jadi kanser dalam hati aku. Susah nak diubat. Tak ada penawar lagi. Mungkin suatu hari nanti. Mungkin 20 tahun lagi. Aku tak tahu.

Kau mungkin fikir aku ni hilang akal, tak ada pedoman cakap macam tu. Sebab kau tak ada dekat tempat aku. Aku yang rasa semua ni. Kawan baik aku cakap dia macam gunakan aku. Dia cuma cari aku bila dia rasa dia perlu. Dia cari aku bila dia ada masalah. Tapi aku buat tak endah dengan semua tu. Sebab cinta tu semuanya nampak indah. Semuanya hipokrit. Aku menjangkakan hubungan aku dengan dia akan masuk ke fasa seterusnya tapi rupanya cuma aku je yang fikir begitu. Aku memang selalu pandang ke depan. Aku tak mahu membuang masa berada dalam hubungan yang aku sendiri tak tahu mana hala tujunya. Mungkin aku patut berhenti.

Sakit sangat. Hati aku dah terlalu sakit sampai dah jadi lali. Kalau sebelum ni aku boleh terima lagi silent treatment dari dia. Tapi kini tidak lagi. Aku perlukan masa aku sendiri. Untuk aku fikir apa yang patut aku buat. Tapi kan, aku nak buat apa pun. Mungkin dia dah buang aku dari diri dia. Mungkin dia cuba untuk lupakan aku. Mungkin ya dan mungkin tidak. Sebab aku tahu dia pun manusia seperti aku. Tapi, kawan baik aku tu cakap, mungkin dia ada orang lain dalam hati dia. Mungkin. Kalau pun ya, demi Tuhan yang Maha Esa, sampainya hati dia untuk rasa macam tu. Untuk buat aku macam ni, bergantung tak bertali.

Pesanan buat diri, jangan terlalu tenggelam dalam lautan cinta. Cinta mungkin nampak indah. Cinta mungkin nampak selesa. Tapi cinta kepadaNya sahaja yang berupa begitu. Kalau ya pun dia memang mahukan aku, cakap setulusnya, seikhlasnya, sejujurnya apa yang kau rasa. Aku masih boleh terima, mungkin bukan macam dulu lagi. Mungkin lebih baik. Sepatutnya aku kenalkan terus dekat family aku. Barulah aku akan rasa kukuh. Hm pesanan yang bagus. Boleh guna ni. Haha tapi pakai dengan orang lain kot? Dah dah lah tu wahai diri sendiri. Tak ada sesiapa yang mahukan kau. Tengok belakang dulu sebelum tengok depan. Kegelapan tu akan sentiasa mengejar kau tak kira secerah mana pun yang ada di depan kau sekarang ni. Ya aku memang nampak macam meroyan. Adios.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.