
|
Sweet Touch Talk with me ^^ Credits!
| The Journey Just Begin. Lama tak update blog ni. Berhabuk, berkulat semua ada. Hahaha xD. Sepanjang aku tak update blog ni, bermacam benda yang berlaku. Pahit, manis, pedih, tawa semua terjadi. Perkara yang tak kita jangkakan pun berlaku :( . My grandfather Hj. Saijan bin Kassan Muraji meninggal pada 7.6.2012. Yes, this was very unexpected. Rasa macam baru semalam jumpa dia. And now, he's gone. Pergi menyahut seruan Ilahi, Allah yang mencipta kita. Al-Fatihah..
Semenjak itu, aku rasa kurang bersemangat. Nak study pun tak boleh, Ya Allah bantulah hamba mu ini :( sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja aku meminta pertolongan. Jadikanlah aku setabah mereka yang mengalami masalah yang lebih besar dari aku. Amin..
Since that SPM is just around the corner, trial lepas raya, aku kena struggle lebih sebab banyak lagi chapter yang aku tak faham lagi. Masa PPT, keputusan aku dah tunjukkan yang aku ni memang pelajar yang lemah. Aku dah usaha, mungkin tak cukup kot. Takpe lah, kalau lepas ni keputusan aku still teruk, mungkin Allah ada jalan yang lebih baik untuk aku.
Nasib baik aku ada kawan-kawan yang selalu sokong aku dari belakang. Dorang selalu ajak aku study. Terima kasih korang :) .And there was several people yang might be sakitkan hati aku, tapi takpe aku dah maafkan korang :). Tapi tolonglah, jangan lebihkan orang yang kau tak tahu hati dia macam mana, yang dia pun tak kenal kau lebih dari aku. Sampai nak lawan status, ini benda remeh lah. Tak guna nak bergaduh sebab ni. Eh, lari tajuk ni. Hahahaha
Yes, ada orang nak come back dengan aku. Maybe dalam 2 ke 3 orang entah. Sorrylah, aku malas nak layan. Ada yang tunggu pun ada. Takpe, suka hati korang lah. Kalau terbuka hati aku nak terima, mesti aku terima, insyaAllah. Ha, lari tajuk lagi. Haha
Lastly, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam didunia ni. Moga kita dapat menjalankan ibadah puasa kita dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, insyaAllah :)
|