The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Ramadan dan Aidilfitri

           Lagi 7 hari nak raya. Dan lagi 7 hari kita nak tinggalkan ramadan. Bulan ramadan ni banyak mengajar aku erti kesabaran, keikhlasan,dan macam-macam lagi. Dan macam-macam kejadian berlaku sepanjang ramadan ni. Alhamdulillah, belum lagi ada kejadian yang menduka citakan. Well, aku dah beli baju raya, warna pink. Its seems awkward right? Haha. My sister yang pilih. At first aku nak warna biru or firus tapi takda. Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. So, lepas ni, aku mesti rindu nak puasa, rindu bazaar, buka puasa dengan kawan-kawan and so others. Lepas raya dah trial. Seriously, cuak gila. Takut tak dapat jawab. Biasalah, harapan keluarga nak anak dia jadi doktor :3

          Macam ni, aku tak decide lagi nak ambik kos apa kat universiti nanti. At first nak ambik medic, tapi takut tak dapat. Aku cuba untuk berusaha dan tawakal. Tapi result aku selalu menunjukkan yang aku ni tak layak. Maybe kakak aku ada yang pandang rendah sikit kat aku and buat aku rasa a lil bit lemah semangat. And kakak aku ada cadangkan suruh aku ambik teasel, entah macam mana eja dia pun aku tak tahu. Tapi dalam bidang Bahasa Inggeris. So, disebabkan aku pun minat nak speakong ni, aku pun macam boleh lah dengan kos ni. Tapi bila keluar nanti jadi cikgu or pensyarah. Pensyarah tu ok lagi tau, tapi kalau cikgu memang aku reject lah. Bukan apa, aku tak minat jadi cikgu ni. Sebab maybe aku tak dapat jadi contoh yang terbaik untuk dorang. Yelah, aku sedniri pun tak buat homework, ni kan lagi nak suruh orang buat homework Hahaha. but takpe, aku berserah je kepada Allah. Moga Dia memberikan aku jalan yang terbaik, amin :)


        Sempena nak raya ni, tahun ni tahun pertama aku beraya tanpa atok aku. Its a lil bit rough to through but aku mesti melaluinya. And tadi aku tanya pakcik aku;

Aku: Wak, dah pasang batu nisan arwah atok?
Pak cik: Belum lagilah. Orang yang buat batu nesan tu kata lepas raya. Tapi nanti wak cuba usahakan ye.
Aku: Arin ada tahu seorang buat batu nesan kat Sg. Manggis. Cuba wak try tanya. 
*And then he left*
Pak cik: Arin, ada batu nesan nya. Dia ada stok lagi satu. Sehari sebelum raya dia pasang.
*Alhamdulillah*

          Sebenarnya, aku buat dialog tu sebab kakak aku yang sulung ada mimpi arwah atok aku. Arwah atok aku tanya bila nak pasang batu nesan tu. Yelah dah lebih 2 bulan dia pergi. Tapi tak ada sebarang tanda pun dekat kubur dia. Mungkin ini petandanya yang dia sunyi kot kat sana. Hm, oklah. Tu je. Akhir kata, selamat menyambut ramadan al mubarak dan selamat hari raya :D