The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Life Today

              Hari ini ada program Mohon Restu bagi pelajar SPM 2012 dan aku ada hari ini. Pada mulanya aku sememangnya tahu bahawa program ni sememangnya program yang menyayat hati. Dari pagi lagi, aku sudah berada di tapak perhimpunan dan menjalani hariku seperti biasa. Lalu, En. Abdullah Sani memberi pengunguman bahawa pelajar SPM akan ke dewan makan selepas perhimpunan. Selepas beberapa minit aku, Ain, Aiman dan Aina bergerak ke dewan makan. Kami memilih tempat kami seperti biasa. Program pun bermula. Hari ini kami mendapat beberapa tetamu khas yang aku sendiri pun tidak beberapa kenal. Sebenarnya aku sedang memperlatihkan diri aku untuk membina sebuah esei untuk Bahasa Melayu pada hari Isnin nanti. haha
 
             Antara guru yang terlibat harini adalah Pn. Surayya Saleh, Pn. Siti Asnah, Pn. Linda, Pn. keti Surayya dan lain lain. pada awalnya aku tidak berasa sedih mahupun ingin menangis. Kendatipun, setelah melihat Aina menangis teresak-esak air mataku mula bercucuran ke lantai pipi ini. hatiku sayu melihat Aina yang tabah itu menangis seperti anak kecil yang kelaparan. Bermula dari Pn. Tu Sirah iaitu guru Matematik Tambahan aku sudah mula menangis dengan esaknya. Ya, aku sudah banyak membuat silap terhadapnya. Dan kini aku sangat menyesalinya.

            Seterusnya, guru yang paling aku nanti-nantikan, Pn. Surayya Saleh. Dialah mentorku disekolah serta guru Kimia di kelasku. Saat aku terpandang matanya, hati aku terasa ingin memeluknya dan menangis dengan esaknya di bahu dia. Aku telah melakukan banyak kesilapan terhadap beliau. Sungguh pun begitu, dia masih ingin mengajarku sehabis mungkin. Dia bertanyakan kepadaku adakah aku tidak suka kepadanya. Disaat itu aku ingin rebah, hatiku terasa dihempap oleh sebiji batu yang amat berat. Ya, memang dulu aku tidak menyukainya. Namun kini, setelah aku sedar akan kesilapanku aku ingin berubah.

           Hari ini amat sedih bagiku. Aku sedar akan kesilapanku selama ini. Ya Allah, Kau ampunilah diriku. Aku mengharapkan keredaanmu serta rahmatMu. jauhilah hatiku dari sifat hasad dan iri hati serta sifat yang kau mungkiri. Ini sahaja yang mampu aku coretkan. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.