The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


I am willingly accept this



Assalamualaikum, hai kome kome semua. Dah hari rabu kan. Cepatnya masa berlalu. Tak sampai sebulan lagi dah nak keluar result SPM. Im not ready yet lah deyy. Tapi nak buat macam mana kan. Reda je lah. In Shaa Allah kalau result okay hebat fantastic nak sambung je ke perubatan. Kalau tak memberangsangkan balik ambil result tu je aku nak pergi ceruk hutan and jerit puas puas and never get out from there again. Hahaha. Kawanlah aku dengan beruk beruk sekalian.


So aku tak tahu lah if this is a problem atau aku je yang mengade nak jadikan benda ni suatu masalah. Haih, penat dengan semua ni. Aku tak boleh nak buat jahat dekat kawan or aniaya dia or ambil something yang dia nak. Sebab aku rasa benda tu and aku tak nak benda tu terjadi dekat kawan aku. Sekali pun aku tak nak benda ni terjadi. Aku cuba nafikan, tapi dia tetap datang and datang. Pada mulanya niat aku nak berkawan lain. Bila dah lama berkawan jadinya lain. Niat aku terpesong. Ya Allah, apa yang aku buat selama ni. Berdosanya aku dekat dia. Mengambil sesuatu yang bukan milik aku. Ampunilah aku Ya Allah :'(


Aku cuba untuk tak tegur dia and i made it (sampai ke hari ni).Tapi bila eh aku nak bagitahu benda yang sebenarnya dekat dia. Aku nak dia dengan kawan aku bukan dengan aku. Adakah aku perlu menipu untuk kesekian kali? Tak perlu kot. Just keep ignore everything lah Fareen. Its not gonna make you happy at all. Keep saying Alhamdulillah for these problems. I know there is something that Allah keep it from this. In shaa Allah, you're going to be happy at the end of the day. Aminn.


Ada orang cakap dekat aku, sampai bila aku nak fikirkan perasaan orang lain and berterusan lupakan apa yang aku rasa. Memang betul apa yang dia cakap tu, tapi dia ada ke kat tempat aku sekarang ni? Dia tak rasa apa yang aku rasa. Aku tak sampai hati nak kecikkan hati kawan kawan aku. Lebih baik aku yang sakit hati dengan perkara ni daripada kawan kawan aku yang sakit hati. Aku tak nak perkara ni menjadi batu penghalang untuk aku happy dengan kawan kawan aku. So let me be the victim. Biar aku je yang rasa. Takpe, selagi aku boleh tahan aku akan tahan. Sampai bila bila.


"Kadang-kadang Allah beri kita hujan ,
kita tanya dimanakah matahari,
rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi"

"Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat,
kita tanya dimanakah bulan,
rupa-rupanya Allah nak bagi kita bintang"



Sudah menjadi lumarah alam, manusia sering diberikan dugaan dan cubaan. Kerana Allah masih ingat dekat kita. Allah masih sayang dekat kita in shaa Allah. Ingatlah, Allah tak akan berikan ujian yang tak mampu untuk ditanggung oleh umatnya. In shaa Allah aku dapat harungi semua ni dengan mudah. Aku harap sangat ada kawan yang akan ada dengan aku senang atau susah. Yang penting jangan putus asa.

Sampai sini je aku tulis. Hope to see you soon. xoxo