
|
Sweet Touch Talk with me ^^ Credits!
| Loneliness comes around me
Assalamualaikum, hai uolls. Sihat semua kan? Alhamdulillah aku sihat je physically. Mentally? Nahhh. Got some problems right now and i dont know how to handle them. Its to hard ya know. But yet, im going to face it soon enough.
Perasan tak, setiap kali aku post je mesti bawak cerita sedih kan? (takde lah semua post) Tapi nak buat macam mana, dah hidup aku macam tu. Kadang kala sedih, kadang kala gembira. Alhamdulillah lebih kepada gembira. Tapi buat masa sekarang masih dalam situasi yang menyedihkan. Haih.Takpelah kehidupan sentiasa macam ni kan? Kadang kadang dekat atas, kadang kadang dekat bawah. Alhamdulillah, Allah masih ingat dekat aku and masih nak bagi aku dugaan.
Dekat last post tu aku ada cakap pasal benda sedih jugak kan? Ya pasal nilai persahabatan aku. Dalam dunia ni ada yang berkawan sebab nak duit. Ada jugak sebab nak popular. Dan ada juga kerana ikhlas. Aku tak tahu aku ni dalam golongan yang mana. Aku ikhlas kawan dengan diaorang tapi kadang kadang ada yang mengambil kesempatan dengan mengambil kesempatan terhadap keihklasan aku. Mudah mudah dijauhkan dari semua ni. In shaa Allah aku akan sentiasa positive kan minda aku.
Kawan ni ada yang baik ada yang buruk. Alhamdulillah setakat ni aku dapat kawan yang semuanya baik baik belaka. Tapi ada seorang kawan ni terlebih baik dengan aku. Ya orang yang sama aku ceritakan dalam last post aku. Dia memang baik. Selalu dengar masalah aku. Tak beberapa pandai nak bagi nasihat tapi still akan dengar masalah aku. Tapi lama lama, aku rasa bersalah. Sampai bila aku nak sorokkan benda ni. Aku cuma nak merapatkan dia dengan kawan baik aku. Tapi akhirnya aku yang tersadung dengan niat aku tu. Aku tahu perasaan dia sekarang macam mana. Tapi aku bingung tak tahu nak buat apa.
Kalau dia baca ni apa yang aku nak cakap kat dia eh? LOL aku tahu dia baca sebenarnya. Haha. Hm aku tahu dia kecewa. Aku tahu dia sedih. Aku tahu semua tu. Tapi apa yang aku kena buat.Aku buntu. Aku nak jelaskan dekat dia sekarang tapi tak boleh. Maaf seribu kali maaf. Buat masa ni memang aku tak boleh bukak mulut dengan dia. Memang betul i need to fight for my own happiness. But then what? See her grief and continue to run as normal life? That is totally not me. Yes i need to fight for it, but this is not the right time. Please, give me some time and space.
Memang aku kecewa dengan semua ni. Tapi bila difikirkan balik, betul jugak cakap dia. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk fikirkan semua ni. In shaa Allah kalau jodoh masih panjang mesti kita akan jumpa lagi. Percayalah kekecewaan ini hanya sementara. Bersabarlah dan teruskan berdoa. Ana musytaqun ilaik.
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
In shaa Allah kita jumpa lagi on next post. See you soon. Isbiru wasabiru warabithu. Ilal liqa'.
|