
|
Sweet Touch Talk with me ^^ Credits!
| Tabahlah wahai hati.. Assalamualaikum, hai semua. Alhamdulillah kita masih lagi dapat melihat dunia ciptaan Allah ini sekali lagi. Syukur kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri kita yang penuh khilaf ini. Semoga Allah memberkati hidup kita semua dan sentiasa dicucuri rahmat, in shaa Allah. Pada 31/01/13 yang lalu, sekali lagi aku dikejutkan dengan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Mak cik aku, Pn Hajah Saunah bt Haji Saijan telah pergi menyahut seruan Ilahi. Sepertinya baru sahaja aku menjenguknya semalam di Shah Alam. Tapi, Allah lebih menyayanginya lebih dari kami menyayanginya. Alhamdulillah, kami sekeluarga lega dan seudah reda sejak awal lagi dengan pemergiannya. Kami lega kerana beban yang dia alami selama ini telah terlepas dari bahunya. Kini, dia telah selamat dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah suaminya.
Sudah terlalu banyak kenangan aku dan arwah. Terlalu sayu jika dikenangkan kembali. Jika dulu, arwah dan suaminya sering membawa aku dan kakakku berjalan jalan. Ada suatu ketika dia membawaku ke pantai bagan lalang dan berkelah disana. Dan paling best bila dia buat sandwich telur and sardin dia. That was the best. Takkan pernah hilang kenangan ni di lubuk ingatan aku. Dia yang dulu pernah mengajar aku ambil wuduk dengan sempurna takkan pernah aku lupa.
Sedih bila satu persatu insan yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Rasanya belum sempat kita bermesra dengannya, rasanya belum sempat kita memohon maaf secara tulus dengannya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, in shaa Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin dia sedang mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan lebih bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal melanda kita kelak. Mari kita sama-sama berdoa semoga roh ahli keluarga kita dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang yang beriman, aminn. Al-Fatihah... |