The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Trouble Is A Friend

Assalamualaikum, hai. Alhamdulillah, harini dapat post satu lagi entry. Syukur Ya Allah, Kau masih memberiku peluang untuk terus mendekatiMu. Harini merupakan genap 7 hari setelah pemergian arwah mak cik aku. Alhamdulillah, sempat juga aku mensedekahkan Surah Yaasin serta membacakan tahlil kepadanya. Malam ni keluarga arwah tak buat majlis tahlil sebab kesuntukan masa. In shaa Allah, sabtu malam ahad ni diaorang buat lah.

Berbalik kepada tajuk yang asal. Harini baru je aku sedar yang aku dah kehilangan seorang kawan baik. Bukan pergi selamanya, tapi hatinya yang telah mati untuk aku. Aku boleh lihat ketidak ikhlasan dia terhadap aku. Mungkin ini hanya perasaan aku je, tapi dah lama aku sedar tentang perkara ni. Sebabnya hanya satu, yang mungkin bila didengarkan oleh orang lain kelihatan kelakar. Tapi, bagi aku itu masalah yang besar. Aku cuba mempositifkan fikiran aku dan cuba untuk tidak bersangka baik dekat dia. Tetapi nampaknya dia sendiri yang membuatkan aku berfikiran begitu. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku ketika ini. Resah, gelisah, risau, bersalah, sedih semua bercampur menjadi suatu perasaan yang tidak enak.

Mungkin aku ada jugak salahnya. Mungkin aku pernah menggores perasaannya sehinggakan dia tidak dapat memaafkan aku. Tetapi, bukankah Nabi sendiri pun mengapunkan umat apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang hina serta khilaf ini tidak mahu mengampunkan orang lain. Aku memang berharap dia akan kembali ikhlas berkawan dengan aku. Aku lebih rela lepaskan seseorang yang aku anggap istimewa daripada kehilangan kawan. Ya, kawan lebih penting daripada perasaan mengarut ni. Aku tak mahu kehilangan kawan. Meskipun aku tahu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke alam kolej, aku akan bertemu dengan lebih ramai manusia yang kita tak tahu mungkin suatu hari nanti akan menjadi sahabat sejati kita. Tetapi, bagi aku kawan sejak sekolah merupakan kawan yang terbaik aku pernah ada.

Setiap hari aku berdoa supaya Allah membuka hatinya untuk menerima situasi sebenar. Aku amat berharap dia akan sedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini merupakan salah. Aku berharap persahabatan kami yang sudah lama terjalin kembali kepada yang asal. Dah lama rasanya aku tak bergelak ketawa dengan dia. Cakap tentang sesuatu yang merepek. Luahkan perasaan aku dekat dia. Dia okay dengan kawannya yang lain, tapi pada aku? Adakah dia sengaja atau ni semua hanya mainan perasaan aku je? Wallahualam, hanya dia sendiri je yang tahu.

Satu perkara yang aku tak suka. Bila orang menghukum aku tanpa beritahu apa salah aku. Bila orang tiba-tiba tak puas hati dengan aku tanpa aku tahu apa sebabnya. Aku seorang yang boleh terima bila orang tegur aku tentang perangai aku. Aku lebih suka jika ada yang tegur kesalahan aku. Kalau tak, sampai bila-bila aku akan buat selahan tu. Percayalah, kalau ada orang tegur sikap aku in shaa Allah aku akan terima. Buat apa nak melenting bila orang memperbetulkan sikap kita sendiri? Bukan ke itu satu perkara yang baik? Bukan ke lebih baik kita memperbetulkan sikap kita dan sikap orang lain. Sama-sama berusaha kearah yang lebih baik.


Harini banyak yang aku tulis kat sini. Mungkin sebab hati ini sudah terlalu sakit untuk dibiarkan begitu saja. Sakit kerana perkara yang aku sendiri pun tak tahu. Aku mohon, jangan hukum aku macam ni. Aku dah buang perasaan tu dan ini yang aku dapat? Hanya Allah je yang tahu perasaan aku sekarang. Okay, sampai kita berjumpa lagi. Sebelum tu mari kita beristighfar bersama. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, in shaa Allah.