The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Again



Assalamualaikum, hai. Salam jumaat dan salam satu Malaysia. Eceeh ini semua poyo. So how was your day? Mintak mintak diberkati Allah, aminn. Alhamdulillah harini dapat publish satu lagi entry about my life. Ye lah blog aku kan, so pasal life aku lah. LOL. There's a lot of thing i need to share. Mulut bagaikan terkunci untuk berkata, hanya jari jemari yang mampu bersuara.


Aku baru je baca blog Nani and Ain. Dorang ada post pasal result SPM. Haih lama benarnya pun aku baru baca sekarang. Bila aku baca blog Ain, hati aku sayu. Sayu sebab aku faham apa yang dia rasa pada waktu itu. Kesedihan yang orang fikir kami dapat bendung tapi hakikatnya mata kami tidak bergenang hanya hati yang tak puas puas menangis. Mulut kata "Im fine. Thank you." or "Aku chill je lah. Buat apa nak sedih, benda dah jadi." dengan kelebaran senyuman yang penuh kepalsuan. Ya, memang palsu.




Senyuman palsu yang sentiasa terukir ini, bagaikan tak mahu hilang. Apa yang aku dapat lain dari orang lain. Waktu aku dapat slip SPM, aku nampak gelap. Cita-cita aku nak jadi doktor terus lenyap. Rupanya aku bermimpi disiang hari. Sepatutnya aku sedar yang aku memang dari awal lagi tak layak nak jadi doktor. Tapi aku terus bermimpi seperti dunia ini aku yang punya. Memang tak salah bermimpi, tapi kita kena tanggung kesakitannya bila tersedar dari mimpi yang tak nyata tu.


Mama memang mengharapkan aku untuk jadi doktor sebab aku satu-satunya dikalangan adik beradik yang masuk kelas science. Kakak-kakak aku pun mengharapkan benda yang sama. Tapi sekarang, aku hanya tersenyum sinis menandakan aku memang berangan-angan. Takpelah, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Mungkin kalau aku tak dapat jadi doktor merawat orang, aku dapat jadi doktor falsafah. Doktor lah jugak kan? In shaa Allah kalau ada rezeki jadi doktor falsafah lah kan.


Tahniah to all my friends yang dapat keputusan cemerlang. Yang tak cemerlang macam aku ni pun  tahniah jugak. Kita dah buat yang terbaik kan. Kalau tak dapat sambung belajar dengan kos yang kita nak, try lah kos yang lain daripada yang lain. Yang penting dapat pupuk minat kita. In shaa Allah kita pasti akan berjaya.Yang penting usaha. Thumbs up!



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Pada awalnya memang sedih untuk menerima hakikat semua ni yang aku tak dapat berjaya bersama dengan kawan-kawan aku sekarang. Tapi bila fikir secara rasionalnya, kan kita boleh berjaya jugak dimasa akan datang.Lebih penting dekat universiti sebenarnya daripada SPM. Memanglah kalau SPM teruk tak dapat sambung kos yang kita nak. Tapi atleast masuklah jugak U kan? Kita kena buat permulaan yang baru. Yang lebih baik. Okay anak-anak? 


Okaylah kalau aku rajin aku update lagi ye. Jumpa lagi ye. Jaga diri ye. Hahaha. Ilal liqa'.



Kbye