
|
Sweet Touch Talk with me ^^ Credits!
| Empty Assalamualaikum, hai. Selamat pagi semua. Kemain awal aku bangun harini. Pukul 6 a.m dah terbeliak biji mata ni. Sebab dah lama tak bangun seawal ni mungkin. Selesai je solat, rasa macam nak menaip lagi. Padahal baru je menaip semalam. Harini ada kisah baru, so rasa macam nak menaip meluahkan isi hati. Selamat membaca! Mungkin aku ada sakitkan hati seseorang dengan post aku yang sebelum ni. Kepada seseorang tu, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Seperti yang pernah cakap dulu, hati ini belum cukup bersih. Belum cukup suci. Masih penuh dengan kekhilafan. Maaf segali lagi kerana terkelanjuran bicara, tak terjaga kata. Maaf, maaf, maaf. Mungkin post kali ni agak sensitif, terlalu emosi. Nak tahu tak, setiap kali aku fikir secara waras pasal cinta or hati and perasaan aku akan tergelak sendiri. Sebab? Sebab aku rasa aku masih terlalu muda untuk rasa semua ni. Sebab aku tahu benda ni tak kan kekal lama. Sebab aku tahu akhirnya benda ni akan mengecewakan aku. Banyak lagi sebabnya. Yang pada asasnya, memang mengecewakan. Mungkin di Twitter aku akan cakap "I hate to talk about love." atau "I hate love.". Tapi sebenarnya tidak. Aku baca tweets dia. Maaf sebab bukak profile dia tadi. Aku baca apa yang dia tweet. Aku tahu dia sakit hati dengan post aku sebelum ni. Mungkin dengan perkataan "Dia bukannya kisah.". Apa maksud disebalik ayat ni cuma aku je yang tahu, sebab aku yang tulis kan? Maksud perkataan ni ialah bukannya dia tak kisah pasal aku. Maksudnya aku tak patut fikir pasal benda ni sebab ni semua mainan tidur. Benda kecik aku nak perbesarkan. So dia nak cakap apa lagi. Okay maybe tak faham dengan ayat aku. Macam ni, maksud aku dia tak nak cakap banyak pasal benda ni sebab ni semua cuma mimpi. Dia tak boleh nak tolong. Kan? Tapi, bila aku baca setiap bait bicara dia aku mula untuk faham. Ataupun aku memang tak faham. Bila dia cakap dia nak lepaskan aku, aku mulai faham. Aku faham sebab aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya. Aku sedar siapa aku. Aku taklah sebaik mana. Aku tersangatlah faham. Tolong, aku tak nak jadi batu penghalang antara kau dengan Tuhan. Aku taknak perasaan ni menjadikan hati kita gelap. Ada banyak lagi cara nak menerangkan hati, maybe kau patut buat. Kalau rasa nak lepaskan aku, tolonglah lepaskan. Aku tak nak kau jadi si penipu kepada diri sendiri. Mungkin pada awalnya aku terasa hati dengan kata-kata kau. Tapi aku akan cuba untuk menerima setiap apa yang kau cakap. Aku akan cuba faham. Apa yang aku rasa bukan perkara yang utama. Aku memang sudah agak tentang perkara ni dari sejak awal lagi. Takpe, aku kan machogal. Hati aku in shaa Allah cukup kental dengan semua ni. Aku dah tempuh sesuatu yang lebih berat dari semua ni. In shaa Allah aku reda. Aku nak memudahkan kau. Aku tak mahu menyusahkan kau. Macam mana? Aku akan pergi. Kan lebih mudah untuk kau. Tak perlu untuk fikirkan ayat yang tak menyakitkan hati aku or what. Aku akan lepaskan diri aku sendiri jika ini yang kau mahu. Beberapa bulan ni memang menggembirakan untuk aku. Mungkin dengan adanya kau. Sungguh aku gembira. Kau telah buka mata aku untuk melihat dunia. Kau telah mengajar aku tudung labuh sahaja tidak cukup kalau kata-kata aku tidak terjaga. "Jaga manners tu." Aku memang takkan lupa. Aku memang bukan si peramah yang akan bercakap dengan sesiapa sahaja yang aku tak kenal. Mungkin ayat kau tersekat untuk cakap yang sebenarnya sebab tak nak sakitkan hati aku. Memang aku selalu tanya sama ada kau sayang aku atau tidak. Bukan sebab aku tak percaya. Sebab aku rasa mungkin ada sesuatu yang kau rasa tapi kau tak nak bagitahu. Aku cuba untuk memudahkan kau. Aku cuba untuk faham. Aku bukannya seorang yang complicated. Aku hanya seorang yang punya ego yang tinggi bercapur dengan sensitiviti yang luar biasa dan kedegilan yang biasa-biasa sahaja. Complicated ke? Tak kot sebab aku sentiasa cuba buang semua tu. Aku harap aku tak menyusahkan kau selama ni. Aku tak menyesal dengan semua ni sebab aku tahu kita tak salah. Benda ni betul. Mungkin dalam hati aku berkata yang aku masih sayangkan kau dan tak mahu untuk lepaskan kau. Tapi aku tak nak paksa kau. Andai kata aku ada buat salah, mohon maaf seribu kali maaf. Tangan terkunci untuk bagitahu kau semua ni. Aku harap dia baca semua ni sebab aku tak sampai hati nak bagitahu dia sendiri. Semoga ini dapat memudahkan apa yang kau mahu katakan. In shaa Allah aku reda dengan apa keputusan kau and aku akan terima dengan hati yang terbuka. Aku tak pasti dengan apa yang aku katakan ni. Andai ada salah dan silap. Mohon dimaafkan. Mungkin masih mamai sebab aku rasa mengantuk. Ada yang salah tolong perbetulkan. Semoga kita berjumpa lagi. Ilal liqa'. |