The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Fening fening fening



Assalamualaikum, hai. Barulah ada masa nak update blog ni. Yelah busy dengan kerja suri rumah tangga. Eh? Yeke? Hahaha lantaklah. Yang penting gua happy. Nak tahu kenapa aku pening? Pasal upu lah pun. Tetiba dorang bagi text dekat aku cakap yang no kp ibu/bapa aku salah. So kenalah tukar balik. Dalam pada masa yang sama nak tukar tu apa lagi, kenalah bersemuka pulak dengan pilihan program yang aku pilih. Aku pun godek godek lah tukar bendalah tu.


Disebakan aku ni kurang layak nak apply medic, so aku kenalah tukar semua program yang aku apply before ni.Takpe takpe, mungkin belum sampai rezeki aku dalam bidang ni. Nak tahu aku apply apa? Hm aku apply sesuatu yang diluar bidang aku. Sedih! Tapi takpe lah. So aku apply lah town planning, asasi tesl, dip tesl, sains geomatik (sumber alam), and so on yang aku rasa macam. URGHHHH. Why why why why?! Stress aku bila nak sent application tu.


Takpe lah, semoga hati ini reda. 


Rasanya satu Malaysia dah tahu pasal cerita panas yang sedang menular dikalangan kita ni kan? Alaaa yang kes buli tu lah. Siap trending dekat Twitter tau noks #IjatSyafiq. Mau tergelak aku baca tweets dari orang pasal budak ni. Macam-macam yang aku jumpa, daripada yang paling menyakitkan hati kepada yang paling lawak. Ada yang siap tweet gambar lagi. Nak tengok? Jap yeeee


Sabar, ada lagiiiii.


Dah dah cukup lah tu. Tak payah nak bebanyak. Kalau nak tengok lagi pergi dekat #IjatSyafiq dekat twitter ehhh. Eheem, meh kita membidas akan isu ini. Gua memang suka bidas membidas ni. Hahaha. Ijat syafiq ni sebenarnya budak p.pinang dekat belah mana aku tak ambil tahu lah pulak kan. So dia ni jadi pemesh sebab buli ketua kelas dia dekat sekolah dengan berbaju sekolah siap bawak gang siap buat video and upload dekat youtube lagi! Wahh berani sungguh bebudak zaman sekarang ni ye. 


Jadi lepas beberapa hari benda ni berlaku barulah trending satu Malaysia. Satu Malaysia mengherdik, memaki, menghina bebudak ni. Yelah, belum habis sekolah tapi dah pandai buat masalah. Belasah budak pulak tu! Kesian kesian. Tapi disini aku nak cakap sikitlah. Janganlah kita cakap apa-apa pasal benda ni lagi. Kalau mendoakan sesuatu yang baik takpe jugak, tapi ni kita marah dia siap dengan kata-kata kesat lagi. Ish ish ish, rasa macam sama je kita dengan dia ni kan? Siap kutuk blog si budak ni lagi. Eh tapi aku pun nak tergelak baca blog dia. Dalam hati ada bunga. Hahaha


Takpe takpe, hati manusia mestilah ada sedikit kelembutan walau macam mana ganas pun kelakuan dia. So jangan pelik lah dia boleh bermanis madah dengan kekasih hati dia. Sedangkan aku yang ala ala gangster ni pun layan lagu cinta tau. Mari muntah ramai-ramai. Hahaha. Tapi sebenarnya, masih ramai lagi kes buli dekat luar sana. Cuma benda tu disebarkan atau tidak je. Malah ada yang buli sampai patah tangan lagi tau?! (Sebab kawan aku punya kawan macam ni). Haa seram tak seramlah kan. So moral of the story, kalau nak gaduh bertomoi tu dekat luar sekolah lah ye dik? Eh jap, salah nasihat ni... So baik kita belajar bertomoi ni untuk keselamatan diri sendiri....





So esok aku nak bercuti dengan kawan-kawan aku. Nun jauh di tepi pantai yang tak begitu nak cantik. Nak tahu dekat mana? Dekat Hotel Impian Morib je. Sila gelak sekarang. Hahaha. Kiteorang nak spend time sesama je. Bukannya bercuti. Nak bergosip, berendam bagaikan badak dekat swimming pool. Memang lawak. Lantak pi lahhh. Yang penting kami happy. So bila balik nanti aku update lagi ye. 


Semoga ketemu lagi di post yang seterusnya ye anak-anak. Ilal liqa'.


Love you. Kbye