The Mustache Princess
Sweet Touch

Navigation : this is a touch hover image




Talk with me ^^

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida
Re-Edited By: Natra


Resah, Gelisah :(



Assalamualaikum. Hi semua. Kaifa haluk? Alhamdulillah moga semua sihat sihat selalu. Nampak kan title post tu. Yes "Resah, Gelisah". Nak tahu kenapa? Takpe nanti ana cerita. Jangan terkejut ana tertukar cara panggilan dari 'aku' kepada 'ana'. Sebab ana rasa 'aku' tu macam kasar. Takpe, ana nak slow slow transform diri ana ke arah yang lebih baik, in shaa Allah.

Mula mula sekali, ana nak bagitahu yang anak tak dapat rayuan upu. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki ana kali ni. Mungkin lain kali. Jadi ana pun masuklah class class jahitan dulu sebab kakak ana yang suruh. In shaa Allah sabtu ni boleh start dah dekat Kolej Komuniti Kuala Langat. Ini cuma kursus pendek je.

Nak tahu apa yang ana resah? Tiba tiba terdetik di hati ana akan kematian. Mati itu tidak dapat dijangkan bila. Itu rahsia Allah Ya Ghaffur. Sungguh ana takut untuk mati. Ana belum bersedia. Ana takut ana mati bukan dalam iman. Na'uzubillah mohon dijauhkan. Yelah ana keluar pun belum cukup sempurna menutup aurat. Masih pakai selipar keluar rumah. Padahal kena pakai stoking. Bila ada sepupu lelaki balik rumah nenek ana pun ana masih selamba tayang rambut. Astaghfirullah...

Macam mana ni? Ana takut ana kena balasan azab kubur dan azab neraka. Detik ini ana cuba berfikir ana mampu ke nak mengubah imej ana? Sebelum ni ana pakai tudung labuh pun dah ada yang cakap. "Eleh reen, pakai tudung labuh tapi solat jaga tak? Cara cakap pun masih kasar." Sungguh terasa hina. Malu ana dengan Allah. Malu ana dengan adik sepupu ana yang boleh pakai tudung labuh tutup perut tutup punggung. Ana? Cuma mampu tutup dada dengan sempurna tapi kaki masih ditayangkan ke ajnabi. Astaghfirullah...


Mampukan ana berubah?

Siapa nak sokong ana?

Ana takut. Sungguh ana takut. Detik ini segala galanya tampak tak penting bagi ana kecuali akhirah. Apa akan berlaku pada ana di padang mahsyar nanti? Adakah ana akan tergolong yang mendapat syafaat Rasulullah? Adakah ana tergolong dalam golongan yang beriman?

Ana pernah terfikir untuk pakai purdah. Tapi adik sepupu ana cakap, susah nak pakai purdah and niqab ni. Kena jaga akhlak sebaik mungkin. Tak boleh anggap ni benda remeh. Keluar rumah kena pakai purdah/niqab. Tak boleh terdedah. Jadi ana pun fikir, apakah iman ana cukup kuat? Tepuk dada tanya iman. Allahu, apakah ini hidayah darimu? Bagaimana harus aku bermula? Siapa mahu membimbingku? Sungguh ana rasa sangat risau. Ana risau sangat kalau ana tak sempat bertaubat kepadaNya. Berilah peluang kepadaku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Ghaffur.

Kuatkan imanku.

Kuatkan ketaqwaanku.

Tunjukkan aku jalan yang benar, jalan yang deredhaiMu.

Ameen, ameen Ya Rabb.