
|
Sweet Touch Talk with me ^^ Credits!
| Wallahu a'lam bissawab. Assalamualaikum. Hi semua. Kaifa haluk? Alhamdulillah ana bikhoir. Ececeh nak berbahasa arab pulak. Well, baru baru ni aku rasa terdetik nak belajar bahasa arab. Bukan apa, rasa macam malu sangat bahasa arab yang basic pun kadang kadang tak tahu. Padahal bukankah bahasa arab tu bahasa syurga? Padahal masa sekolah rendah dulu aku belajar bahasa arab. Tapi tulah, tidur lagi kat kelas ustaz samiran. Mendapat. Sekarang baru terkial kial nak belajar arab. Tapi cousin aku yang sekolah maahad ada cakap, bahasa arab ni luas. Dia dekat sekolah pun belajar bahasa arab yang zaman dulu punya. Bukan yang zaman baru ni. And aku pun tak faham pekebenda minah ni cakap. Haha. Tapi memang aku tengok kitab dia pergh macam zaman purba punya. Memang solute lah sepupu aku ni *bangga* So yeah, aku cakap dengan dia yang aku nak belajar bahasa arab dengan dia tapi dia cakap bahasa arab dia pun kelaut. Haha tak kisah lah, at least aku nak belajar basic ke kan. Biarlah lambat sekalipun at least ada effort nak belajar arabic ni. Hehe. Drama tak habis habis lagi nampaknya? Dia text aku cakap pasal benda ni, cakap dia kecil hati dengan apa yang mama cakap. And aku mintak maaf dekat dia bagi pihak mama. And still, dia mengungkit. Mengungkit jasa baik dia yang memang akan aku kenang sampai ke liang lahad mahupun syurga nanti. Tapi ni lah ragam manusia. Bila dah buat bakti mesti nak dapat nama. Nak mengungkit. Kenapa? Sebab dia cuma manusia biasa. Dalam masalah ni aku tak patut masuk campur. Ini bukan urusan aku. Ini urusan mereka yang lebih dewasa. Tapi kenapa mereka nak kena heret aku ketengah masalah ni? Allahu, moga mereka dibuka hati untuk sedar atas semua ni.Sungguh aku dah tak sanggup nak hadap dengan semua ni. Mungkin ini dugaan dalam kehidupan. Moga Kau kuatkan hati kami, kuatkan iman kami, kuatkan ketaqwaan kami dalam menjalani kehidupan didunia ini. Wallahu a'lam bissawab. Mesti arwah atok sedih tengok semua masalah ni. Mungkin dia tahu macam mana nak selesaikan semua ni. Ya mungkin. Tapi yang pasti dia tak akan kembali lagi kedunia ini. Dia tak mungkin dapat selesaikan masalah ni sekarang. Cerita pasal arwah atok, dah setahun dah Allah menjemput dia kembali.07/06/12 - 07/06/13. Genap setahun. Buat pertama kali lepas arwah atok meninggal, aku buat tahlil sendiri. Yang dihadiri oleh aku sendiri. Sebab masa tu kakak aku semua takde. Jadi aku pun mulakan macam tahlil biasa. Atas katil dia. Aku tak tahu kenapa, saat aku baca surah Yaasiin tu rasa sebak sangat hati ni. Bila dah dekat pertengahan surah, aku mula menangis. Tiba tiba. Kali terakhir aku menangis masa baca surah Yaasiin cuma masa arwah atok meninggal. Ya itu kali pertama. Hati rasa macam nak meletup tahan menangis. Sebab selalunya kalau baca Yaasiin paling tak pun aku cuma sebak tapi tak menangis. Mungkin sebab sungguh aku terasa kehilangan dia. Jadi aku pun menangis. Selepas setahun. Aku rindu sangat dekat dia. Rindu nak tatap mata dia. Rindu nak salam cium tangan dengan pipi dia. Rindu segala galanya mengenai dia. Terhenti disini. Aku dah tak sanggup nak mengenangkan arwah atok lagi. Semoga kau tenang disana. Ameen-- So here ada satu sajak aku buat. Tak tahu kenapa boleh terbina sajak yang tak seberapa nak sajak ni. Apakah mungkin terkasar bahasa? Mahupun terpaling muka? Atau terlebih manis berbicara? Ataupun terhilang kata? Mungkinkah derita ini hanya sementara? Ataupun selamanya? Kembali aku kepada Ilahi Mungkin dia tahu apa yang dihajati Segala resah hati ini Segala tawa yang dialami Segala rasa yang dicurahi Mungkinkah ada jawapan bagi soalan ini? Mengapa aku menangis Sedangkan ia baik untukku? Mengapa aku bersedih Sedangkan dia bukanlah untukku Soalan demi soalan dihayati mungkinkah kebahagiaan itu sukar dikecapi?
Aku mendongak melihat awan
Cuba mencari jawapan Apa yang aku dapat cuma bayangan Lalu aku berjalan kembali menuju Tuhan. Okay ini je. Boleh mintak gelak sebenarnya aku buat sajak. Haha. First time ni. Okay gotta go. Ilal liqa'. Letak tangan dekat dada, laa tahzan laa taghdab. Jaga iman. Assalamualaikum :) |